Seringgit Kasorga dibintangi oleh Puteri Balkish, Adam Hazly, Razak Ahmad, Hamidah Wahab dan Cico. Drama Seringgit Kasorga yang mengisahkan kehidupan Am beraya di kampung tanpa gajet-gajet mewahnya. Mampukah beliau mengharunginya?
Imran jatuh cinta kepada Zarra pada pandangan pertama semasa majlis rumah terbuka Hari Raya lima tahun yang lepas. Walaupun pada mulanya Zarra cuba menepis cinta Imran, dia akhirnya jatuh cinta apabila melihat kesungguhan Imran. Namun, perkahwinan mereka mula goyah apabila Zarra tidak mahu melahirkan zuriat. Ini membuatkan Imran marah dan sedih lalu Zarra semakin menjauhkan dirinya daripada Imran. Disebabkan ini, Imran mula rapat dengan teman baik Zarra, Wawa apabila mereka selalu berkongsi rasa. Zarra pula menggalakkan Imran untuk mengahwini Wawa. Suatu hari, Zarra telah koma akibat sebuah kemalangan. Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan antara Zarra dan Imran ?
Junaidah menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan. Ketika itu Junaidah baru melahirkan anak bongsu, Junaidi. Akibat tertekan, Junaidah mengalami gila ‘meroyan’ sehingga pernah cuba membunuh Junaidi. Selepas kejadian itu, Junaidah telah menghilangkan diri and anak-anaknya terpaksa diserahkan kepada rumah kebajikan. Namun, mereka kemudiannya dijaga oleh adik Junaidah, Zaiton. Kini, Junaidi telah berusia 16 dan semakin kacak. Syamira pula berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti dan kek. Dia juga sudah bertunang dengan Syakil. Berbeza pula dengan Amin, 18, semakin nakal. Dia hanya bergantung kepada Syamira untuk menyara dirinya. Junaidah pula setelah semakin sihat, mula mencari anak-anaknya dengan keinginan untuk menebus kesilapan lalu.
Adnan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di rumah pakciknya, Pak Chah. Dia terkejut apabila kawan baiknya, Fatimah kini bertukar menjadi seorang yang kurus dan cantik setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Adnan terpikat dengan awek baru pulak..
Berkisar tentang persengketaan dua beradik yang telah lama terpendam. Tujuh hari sebelum menyambut bulan Ramadan, Intan menghantar emel mengatakan dia akan pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidilfitri keluarga.
Dia juga akan membawa anak perempuannya setelah suaminya meninggal dunia. Namun, berita gembira ini disambut dingin oleh Azah kerana sudah 10 tahun dia meninggalkan kampung sejak berkahwin dengan warga asing.
Kepulangan Intan sebenarnya ialah mahu memohon maaf terhadap semua kesilapan lalunya. Adakah luka yang tersimpan oleh kedua beradik ini akan terlerai akhirnya?
Setia Hujung Nyawa Raya mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin, Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan umrah.
Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul dalam kehidupan mereka.
Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi. Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.
Anak-anak Sufian dan Niza sedar bahawa setiap tahun mereka beraya di kampung, Mak Lang Qarina akan menunjuk-nunjuk kemewahannya. Dengan itu, mereka mencari jalan untuk membantu ibu bapa mereka untuk berjimat demi persiapan Hari Raya.
Salah seorang pelanggan Sufian, Fifi menawarkan peluang untuk menggayakan koleksi baju kepada mereka. Mereka bersetuju dan menerima sejumlah wang selepas menyelesaikan tugasan itu. Wang tersebut diserahkan kepada Sufian dan Niza bagi membuat persiapan Hari Raya.
Apakah yang bakal menanti mereka di kampung semasa Hari Raya nanti?