London – Ahli astronomi London telah menemui sebuah planet 2 kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Planet tersebut yang dipanggil ‘55 Cancrie’ mengorbit bintangnya seperti matahari dalam buruj Cancer. Ia ini dikatakan bergerak terlalu pantas sehinggakan tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.
Penemuan sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dikatakan 2 kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya pula 8 kali lebih besar.
Ini bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun terdapat planet berlian sebelum ini yang mempunyai kepadatan lebih tinggi. Suhu kepanasan Planet Berlian boleh memcecah sehingga 1,648 Celsius.
“Permukaan planetnya yang diliputi grafit serta berlian berbanding air dan granit,”
Penemuannya tersebut bakal diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.
Sementara itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 1/3 daripada jisim planet tersebut yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, adalah mengandungi berlian.
Penemuan ini juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.
“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia yang berbeza dari Bumi,”
Seorang ahli astronomi dari Universiti Princeton, David Spergel berpendapat, adalah lebih senang bagi mengenal pasti struktur asas serta sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.
“Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini adalah satu daripada contoh hasil penemuan yang akan ditemui bagi kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,”
0 comments:
Post a Comment